Kaunter tekan

Friday, October 7, 2011

Treasure Box

setahun berlalu..ya cukup setahun..thanx for evry moment we had together.
Disebabkn momentar-momentar itu aku masih beku disini menjalani hidup.

Nah trima la hadiah xseberape ni dari seekor burung pelican:



Selamat Hari Lahir

Friday, July 15, 2011

Bangun

hidup baru life baru..
lif masih hancing malah mlebih hancing dari biase




Alhmdulillah lately byk Allah tunjukkan hidayahNya..


Semoga aku benar-benar ikhlas

Tuesday, May 10, 2011

Penat

Penat mengejar hari.
Penat mengejar mimpi.
Mana arah tuju?
Mana titik nokhtah jalan berbatu?


Penat berjalan, ku merangkak, tp xdaya, lutut ko rabak,
penat tertipu tapi masih ditipu
Datanglah ibu peri membawa seri.

Gila penat...

Monday, May 9, 2011

Ketumas

 sejak akhir-akhir ni naluri kebapaanku kian membuak-buak.Aku begitu teruja melihat baby kecik yang baru dilahirkan.Comel sangat comel.merah,kecik dan kecik.i do want a cute baby too.Harapan agar aku mampu menjadi seorang suami dan bapa yang mithali kepada isteri dan anak-anakku nanti.

Thursday, April 21, 2011

Lumpuh Sementara

Semalam aku beserta arep asro same-same melayan drama House MD, episod kali ni mengisahkan seorang pemandu bas yang baru pas excident pastu mengalami satu problem yang disebut sebagai short term parylis..Benda ini terjadi apabila si pesakit mengalami kehilang upayaan sementara untuk mengawal fungsi tubuh mahu pun mengalami kehilangan memori dalam waktu singkat, sympton ni di panggil short term pralysis( ikut dalam cite ni la).aku pun xpasti bagaimana ejaan sebenar permasalahan itu.Tapi dalam sedar atau tidak,kita memang tidak sedar benda  yang kita buat seharian memang ada yang memerhati,bukan saja perhatian dari Maha Pencipta malah dari makhluk berupa seperti kita juga.Tiba-tiba,ketika asyik menonton smbilberpelukan bersama arep, hpku berdering tanpa berlengah  aku terus mencapainya dan menekan butang hijau.Kedengaran suara cemas dihujung talian..

"u, notebook adik i xle on,knape e?"
aku mengambil masa untuk berfikir tapi malang sekali hasilnya tetap sama,aku memang tiada kemahiran dalambidangpegkomputeran ini seraya aku berkata " sori la u,i xtaw la".
Then kendengran lagi suara di hujung talian "ok xpe la nanti i suruh si I tengokkn".panggilan dimatikan


Selepas beberapa ketika hpku berdering lagi, suara orang yang same mnelefonku tadi tapi kali ini tenang suaranya tanpa cemas. Kami berborak seperti biasa walaupun hakikatnya aku penat memerah keringat menghasilkan idea untuk bersembang dengan beliau, aku cuba bertahan, tiba-tiba aku diajukan satu soalan yang membuatkan aku mengalami sympton shorttime paralysis, ;suara hujung talian "u, apa kelebihan u?macam si I die pawer bab2 komputer ni"


tubuhku kaku,anuku mengecut menyorok seribu malu dan lidahku kelu.Sekali lagi aku cuba memerah saraf-saraf memoriku,mungkin aku akan dapat mengenalpasti kebolehan/kelebihan ku supaya dapa ku menjawab soalan yang diajukan oleh makhluk tahihidungsuci(THS) dihujung talian. Adakah aku seorang komputer literate person?tidak,tidak sama sekali, baru semalam aku digelakki oleh anak-anak rumah kerana aku meminta cd format dari arep asro yang mane bahasa formal dan intelektualnya adalah CD WINDOW.


So dengan tenang aku menjawab kepada makhluk THS " I mmg xde kebolehan pape la u" ..lantas aku mengambil keputusan untuk memutuskan talian dengan alasan kreditku telah habis. dengan sisitem pesanan ringkas aku menghantar pesanan ringkas kepada THS "kedit abes,i ngntk jum tido"..tiada balasan. Aku meneruskan melayan House MD bersama dengan arep asro, tapi rona minda ku melayang-layang, bertanya-tanya pada diri sendiri, bermonolog dalaman tentang apakah kebolehan/kelebihan aku sebenarnya?

Ya, aku memang tiada kebolehan yang bolehku banggakan,aku hanya tahu bermain tenis meja,sebuah sukan yang tidak menunjukkan kemachoan lansung berbanding hoki,bolasepak dan rugby.


p/s:Im willing to giv my best in everything i do,but its       still not the best for...

Saturday, April 16, 2011

Dawn

     Perihal subuh hari.Subuh,waktu yang sangat menyegarkan,bangun awal murah rezeki mandi awal boleh membkakr kalori dengan lebih cepat(memang elok untuk orang gemuk cm aku),banyak betul kelebihan bangun subuh ni sebenarnya tapi boleh dibilang dengan jari berapa kali aku bangun subuh bulan ni.terok-terok. kebiasaannya jam loceng masing-masing memang berdentum-dentum berbunyi menggegarkan alam yang sunyi walhal tiada sekelibat jasad pun yang gagah yntuk membangunkan diri.Tapi hari ini situasi agak berlainan,mungkin diberi hidayah dari Allah atau mungkin juga disebabkan rally tgk bola antara manU vs manCity berlanjutan hingga ke game madrid vs barcelona yang berakhir hingga ke subuh hari menyebabkn aku dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk mengerjakan subuh terlebih dahulu sebelum tidor.yoshh sangat nice situasi harini ditambah seri lagi dengan kemenangan manCity keatas ManU aku mampu tersengih puas.Dan seperti biasa aku masih menunggu jawapan dari company-company yang ingin mengambilku bekerja tapi seperti hari-hari sebelumnya juga aku still a jobless guy,but i will be right here waiting macam lagu richard mark. and aku rasa arini maybe last day aku diperantauan,mungkin malam ni akan ku naik bas express menghala ke rumah ibundaku.Selamat tinggal southern selamat tinggal central, eastcoast here i come.






sebening subuh
p/s: aku stil xtaw cmne nk ubah date and time bendalah ni.

Friday, April 15, 2011

Parit Raja Express.

Alkisahnya..dengan sekonyong-konyong muka tahi tahi kuda baru bangun tido..muhd Abe mengejut aku.."nep jom p Parit raja"..aku tidak terkejut,memang kami telah plan nk ke Parit Raja yang telah ku anggap seperti kampung halaman ku sendiri itu.


   Alhmdulillah sampai juga di parit raja, aku memang exited gila bila sampi kat daerah ni.. ringu pulak time study dulu and satu lagi reason aku exited sebab aku dapat melepaskan nafsu aku terhadap sekeping papan pujaan aku,sebab kat sini memang tempat perkumpulan geng2 papan aku.


   Ok basically(bak kata labi)...aktiviti berjalan seperti yang dirancangkan..kami menginap di sebuah homestay di parit jelutong. setelah berjaya belajar basic-basic autocad dari sifu nyol and sifu azizul aku mengambil keputusan untuk take five.lalu aku pun menstalker blog idola aku.Mr James..dengan perasaan overexcited yang masih kemas dalam hati aku pun mengomen satu post terkini beliau. Tapi tanpa sengaja dan sedari ada hati terluka atas komenan aku itu.


   So kat ini dengan rendah hati dan perasaan hina sekali..aku mitak maaf cik N..aku xbermaksud ape-ape untuk menguriskan hati beliau. harap ada orang linkkan post ni kepada beliau kerana aku belumpandai sangat menggunakan aplikasi mendealah ini. Dengan harapan, jangan terasa hati dengan gurauan bodoh n xmasuk aku tu.Lainkali degan penuh serius tahi aku tidak akan buat lagi.


Yang Benar,
Undan